Bumiputera Malaysia

Bumiputera Malaysia

By a Malaysian for his country

Wednesday, October 11, 2006

Un-Happy Deepavali

The email below was issued by Takaful Malaysia’s Syariah department head Fauzi Mustaffar. Our Pak Lah has keep quiet about this in his Islam Hadhari government. And so does his son-in-law, KJ.


From: Mohd Fxxxx Mxxxxxxx – Jabatan Syariah, Xxxxxxx Xxxxxxxx
Sent: Tuesday, October 03, 2006 3:13 PM
To: TM All Internet Mail ; TM All Intranet Mail
Subject: Durga Pooja Greetings / Lakshmi Pooja Greetings / Deepavali Greeting

Tuan/puan warga kerja Xxxxxxx Xxxxxxxx yang dihormati,
Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum bahawa selain dari perayaan Aidil Fitri yang akan disambut oleh umat Islam pada bulan ini, penganut agama hindu juga merayakan 3 perayaan mereka seperti yang disebut dalam subjek di atas.

Sukacita saya ingin maklumkan bahawa kakitangan Xxxxxxx Xxxxxxxx perlu berhati-hati dengan ungkapan ucap selamat sempena perayaan tertentu yang selain daripada perayaan yang terdapat dalam Islam. Ucap selamat tersebut mestilah diteliti impilikasinya terutama yang melibatkan hukum dan akidah.

Antaranya ialah ucap selamat Happy Durga Pooja atau Durga Pooja Greetings. Ia bermakna selamat menyambut hari kebesaran Dewi Durga. Sambutan ini adalah festival yang paling penting bagi orang-orang Hindu. Ia menandakan ketaatan dan kepatuhan kepada Dewi Durga yang dianggap sebagai Mother of the Universe.

Untuk makluman tuan/puan, Durga Pooja mengikut kepercayaan penganut agama hindu adalah tuhan dewi yang mempunyai tangan yang banyak dan bersilang yang biasanya kelihatan di kuil-kuil hindu. Setelah meneliti ketiga-tiga perayaan tadi maka jelaslah ianya ada kaitan secara langsung dengan kepercayaan agama hindu.

Seluruh kakitangan Xxxxxxx Malaysia adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga perayaan di atas dan lain lain lagi yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya syirik.

Ucapan Happy Durga Pooja, Happy Lakshmi Pooja dan Happy Deepavali seolah-olah mengucap selamat buat tuhan hindu yang bernama Durga, Laksmi dan Krishna. Dan ianya jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Allah berfirman dalam surah ali-’Imran ayat 18 yang bermaksud: “Allah telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Dia”. Dalam surah Muhammad ayat 1 Allah berfirman yang bermaksud: “Maka ketahuilah bahawa tiada tuhan selain Allah”.

Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut hindu seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang. Semoga usaha kita untuk mengamalkan Syariat sebagai budaya korporat XxxxxxxXxxxxxxx diberkati Allah dan mencapai kejayaan yang kita harapkan.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.


Shariah Dept
CEO’s Office
Syarikat Xxxxxxx Xxxxxxxx Berhad (XXXXXXX XXXXXXXX)
Level 10, Main BlockDataran Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxxxx
No.4, Jalan Sultan Xxxxxxx
5xxxx Kuala Lumpur.